
Salam sejahtera ibarat MADU,
Salam sayang I LOVE U,
Salam rock wa caya sama lu,
Salam silaturahim apa khabar kawan-kawanku,
Kelas menampung 32 penghuni,
Ada yang rendah ada yang tinggi,
16 putera 16 puteri,
5st itulah kelas kami,
Mengajar math mod terer sekali,
Bila nak marah apa-apa pun jadi,
PN. ATON nama diberi,
Itulah guru kelas kami,
Ketua kelas itu jawatannya,
Smart dan kurus orangnya,
Cita-cita nak jadi pakar addmath Negara,
Itulah HADI nama orangnya.
Orangnya tinggi taklah besar,
Kalau marah tak ingat dunia,
Sampai kami terdiam saja,
Itulah ASYIKIN pembantu hadi.
Breep..breep.. wisel berbunyi,
Kami semua kena cabut lari,
Kalau tak bayar duit ceti sampai ke lubang cacing dia cari,
Itulah FATHIN bendahari kelas kami.
Ayu sungguh rupanya,
Tapi tegas didalamnya,
ATIKA..atika apa nak jadi,
Itulah setiusaha kelas kami.
Orangnya kacak hensem lagitu,
Sentiasa duduk mengampu cikgu,
Dalam kelas banyak mengampu,
Itulah EQIE lelaki mengampu.
Orangnya serius sentiasa,
Kadang-kadang gelak ketawa ada juga,
Smart bergaya itu ciri-cirinya,
Itulah RIDZUAN mat blur +good kita,
Kurus kering bercermin mata,
Bila bercakap suka ketawa,
ATIQAla empunya nama,
Oh, sengek rupanya,
Nak kata mengantuk dia berjaga,
Belajar sampai tak ingat dunia,
Bila bercakap semua keluar,
Itulah CAPIK PIPI mamat slumber.
Orangnya cumel ayu sekali,
Rupe2nya suke menyanyi,
NASIHA nama diberi,
Bakal guitaris satu hari nanti,
Pengawas sekolah nama diberi,
Itulah SYAIR dan INA empunya diri,
Uniform berwarna biru idea polis kelas kami,
Orangnya peramah dan mudah didekati,
Suka senyum ntah apa-apa,
Selalu teringat ehem..ehemnya,
Apa nak jadi dengannya,
AQILAH itulah namanya.
FAIZ dan SHAHIR selalu bersama,
Bersembang berdua tak tau cerita,
Bila ke mana berdua sahaja,
Semua perkara dibincang bersama.
Ini cerita 2 dara pinggitan,
Tak tahu duduk diam selalu bersembang,
Ke hulu, ke hilir tanpa ada arah tujuan,
IZA dan SYAHERA hobi mereka suke berjalan,
Sekali pandang macam teddy bear,
Dua kali pandang NAJIHA rupanya,
Orangnya agak kecoh banyak cerita,
Tapi bab belajar, kalah semua,
Orangnya kurus keding pula,
Sekali tiup super melayang ke mana,
Hai, bilalah nak berisi nampaknya,
SITI ADILA itulah tuannya,
ASMA duduk sebelah asyikin,
Kawan baik selamanya,
Bila marah sedih hatinya,
Hai.. asma jangan sedih-sedih aja!,
Bacteria berada di mana-mana,
Sapu tangan tak penah lupa,
Berada di tangan setiap masa,
Itula SYAFIQ SELAMAT selamanya,
Selalu berkata AIN namanya,
bila bergaduh dialah juara,
LIYANA pula suke berkerja orangnya,
apa nak jadi ngan kome berdua.
Seorang suke mencipta,
Seorang pula pembekal nasi lemak terkemuka,
Apa-apa ajela SAM dan HAFIZ ni,
Memang sahabat selamanya.
2 budak terbaik rupanya,
AIDID dan SHAHIL nama mereka,
Ponteng kelas kerja mereka,
Alhamdulillah dah berubah rupanya,
ANIS FARHANA nama diberi,
Bila berceramah sentiasa menjadi,
Kepandaian ceramahnya senantiasa dipuji,
Itulah budak baru kelas kami.
Namanya HANIF ,parent dia bagi,
Orangnya merlin, blur sekali.
Lain pula, si HAFIZ CHE PI nie,
Paling peramah dan comel sekali.
Selalu tersenyum memikat hati,
Asyik dikacau ramai lelaki,
Seorang manis, seorang yang steady,
Itulah SAUDAH HANANI,
Orang sebut beruk, beruk,
Dia sebut beruk, bewuk,
Apa nak jadi ngan ko ni AZRI,
Sebut ‘R’ pon tak betul lagi,
Jangan marah atau iri hati,
Coz’ seloka aku tak ada kat sini,
Alah, malas nak mengata atau memuji,
Itulah WAFIE empunya diri,
Sekian sahaja seloka kami,
Janganlah marah atau terasa hati,
Saja meracau menghibur hati,
Buat kenangan bila tua nanti.